BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Powered By Blogger

ALLAH IS MY GOD

IT'S ME (5.4.3)

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

RZIZ (5.4.3)

LUAHAN HATI SEORANG REMAJA

SEBAGAI SEORANG PERANTAU YANG MASIH BELUM MENEMUI APA SEBENARNYA ERTI KEHIDUPAN SERTA APA ITU GELARAN SEBAGAI ' SEORANG REMAJA '


Sunday, February 7, 2010

INGATLAH WAHAI INSAN

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.

IKUTI KISAH PEMUDA BERIBU BAPAKAN KHINZIR

Kisah Pemuda Beribu Bapakan Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

PESANAN KEPADA INSAN YANG BERGELAR LELAKI

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa : “ Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwin yang hadaqah, yang barakah dan yang syadaqah”.

Wanita Ananah : banyak mengeluh dan engadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan “aku buat ini keranamu”

Wanita Hananah : menyataka kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Barakah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang harinya mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah : banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,

Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal....

IBLIS DATANG MENGGANGGU SEWAKTU KITA SAKARATULMAUT

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Saturday, February 6, 2010

WAHAI MUSLIMAH

Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, kepada-Nya kita memuji, memohon pertolongan kepada Zat yang Maha Esa, meminta keampunan dan memohon petunjuk-Nya. Memohon perlindungan kepada Allah dari segala keburukan diri dan keburukan amalan diri sendiri. Maka sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, nescaya tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan, tiada seorangpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa menikut sunnahnya sampai hari kiamat. ^_^

Banyak perbuatan dan perkataan yang kita lakukan dan lafazkan selama mana kita masih bernafas dan hidup dimuka bumi ini. Dalam masa yang sama, kita diperhatikan oleh Yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.. Juga tidak ketinggalan perlakuan dan pertuturan kita juga turut dilihat oleh insan-insan disekeliling kita dalam sesetengah keadaan.

Oleh yang demikian, akan wujudlah situasi ada sesetengah orang yang tidak suka apa yang kita lakukan, ataupun mempertikaikan perlakuan atau pertuturan kita, walaupun apa yang kita 'buat dan cakap' itu adalah perkara baik dan benar. Hal ini selalu berlaku kepada orang yang 'berusaha melakukan kebaikan', pasti ada sahaja yang cuba memperlekehkan dan memperkatakan kebaikan yang dilakukan..semua ini di tujukan kepada insan yang bergelar muslimah dimuka bumi ini untuk dikongsi bersama tentang pendapat yang tulus dari hati seorang yang bergelar lelaki..

ini lah yang sering dikatakan kebayakan muslimah:

"Kenapa mesti pakai tudung labuh...?"
"Kenapa mesti pakai stoking..?"
"Kenapa mesti pakai jubah je...?"
"tak panas dan rimas ke?.."
"tak ikut perkembangan zaman..."
"tak pandai bergaya..."
""macam makcik2..."

--> Pakai tudung labuh sebab nak
'Redha ALLaH'.. tak kisah kalo korang tak redha.. Allah menyuruh kita melabuhkan hijab hingga menutup dada dan segala perhiasan yang ada pada seorang wanita, memakai pakaian yang tidak jarang dan tidak ketat.. ape..?? ALLah redha ke korang pakai tudung juz tutup kepala dan leher, kain jarang macam jala ikan..nampak batang leher..??

--> Pakai stoking sebab nak
'Redha Allah'.. tak kisah kalo korang tak redha.. Syariat telah menentukan, aurat wanita adalah seluruh anggota badan, kecuali tapak tangan dan muka.. ape..??? ade tak kaki tu termasuk dalam pengecualian bukan aurat..juz tapak tangan dan muka je kan.. ape..?? korang nak lawan hukum.?! korang ingat Allah redha ke korang tak pakai stoking..?!

--> Pakai jubah sebab nak
'redha Allah'..tak kisah kalo korang tak redha.. Allah perintahkan kita memakai pakaian yang bersopan, tidak nipis, tidak ketat, menutupi seluruh badan.. jangan pakai baju, tapi macam telanjang.! ape..?? korang ingat Allah redha korang pakai baju saiz adik kecik umor 5 tahun..?? pakai seluar ketat melekat kat punggung..?!

--> Biar Panas..Biar Rimas.. Yang penting
'redha ALLaH'..Tak kisah kalo korang tak redha.. Korang panas ke tengok ader org macam tu.? Sesungguhnya Api neraka lebih panas lagi dari bahang haba kat dunia ni.. dunia hanya sementara panasnya.. biarlah panas kat sini, demi "aircond" selamanya kat sana.. tak rela bersejuk-sejuk disini, sedangkan disana hanya Allah yang tahu betapa panas azab api neraka.. lagipun, takde lah panas sangat pun.. tak hangus pun aku dek tg0k kepanasan menutup aurat ni.. ape..??? korang sejuk sangat ke..? atau suam2 kuku ..? aku tengok berpeluh juga..

--> Tak ikut perkembangan Zaman... yang penting
'Redha Allah'..tak kisah kalo korang tak redha.. tudung labuh dan jubah2 sekarang pon dah moden la, camana ko nak taw tentang perkembangan tu kalo korang asyik beli baju "budak2 kecik" je.. korang yang ketinggalan zaman.. ape..??? korang ingat korang maju sangat ke..? ikut fesyen barat yang ntah pape.. ape..?? korang ingat Allah redha ke korang pakai baju tak cukup kain jenama bla..bla..bla....ntah..aku pon xtaw.. hahaha (tiba2 rasa nak gelak sbb mmg tak taw jenama pe org slalu pakai..)

--> Tak pandai bergaya.. yang penting
'Redha Allah'..tak kisah kalo korang tak redha.. ada insan tak make-up muka, tak bersolek ko kata tak bergaya.. tak pakai kasut tinggi..tak pakai baju ketat2..ko cakap tak bergaya.. ape..??? ko ingat Allah redha ke ko pakai celak sejengkal, bedak sedepa, lipstik merah menyala,eyeshadow berlapis2 macam rainbow..? ape..? ko ingat Allah redha ke ko jalan bunyi tik..! tok..! tik..! tok..! ngan kasut tinggi..? !!

--> Biar macam makcik2.. yang penting
'redha Allah'.. tak kisah kalo korang tak redha.. ader insan tak nak pakai baju macam britney spears..macam Avril lavinge.. dorang tu orang bukan Islam, buat pe nak tiru macam dorang.. makcik2 kita pakai bersopan, mewarisi kesopanan dan kesantunan sepanjang zaman.. lagipun tak lari dari syariat Islam.. ape??.. korang ingat Allah redha ke korang macam britney...? ape2 je lah..


moralnya, biar ape pun yang diperkatakan dan dipertikaikan oleh orang sekeliling terhadap perkara baik yang kita lakukan, jangan jadikan alasan untuk kita tidak istiqamah.. Biarkan mereka tidak redha, yang penting Redha Allah selalu bersama kita..^_^

INGATLAH WAHAI INSAN

Assalamualaikum...

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara anda semua...

Wallahua'lam...

TEMAN SEJATI

Teman sejati..........
masih wujudkah TEMAN SEJATI?????????????

sudah menjadi FITRAH bahawa,
manusia memang MEMERLUKAN teman,
kerana TEMAN merupakan orang,
yang SELALU berdamping dengan DIRI kita.
tidak kira sama ada semasa kita SUSAH,
ataupun SENANG.

Tetapi dewasa kini,
semakin susah untuk kita mencari,
TEMAN SEJATI.

Teman semasa SENANG,
MUDAH dicari,
tetapi TEMAN semasa SUSAH,
sangat SUKAR dicari.

Teman sejati tidak pernah diHALANG,
oleh DARJAT..
Tetapi ianya DILENGKAPI dengan
KEPERCAYAAN diantara satu sama lain..

Segelintir manusia telah menganggap bahawa,
hanya dengan kuasa cinta sahaja yang mampu,
mengubah sesuatu perkara,
sedangkan kuasa yang ada pada TEMAN SEJATI juga,
telah MAMPU mengubah sesuatu perkara..

Selain dari pasangan hidup,,
teman juga merupakan tempat untuk kita,
mengadu nasib..
teman yang sejati akan mendengar serta,
akan cuba membantu untuk mencari jalan penyelesaian,
tentang masalah kita.

Teman sejati juga,
tidak pernah melupakan,
segala kebaikan yang kita lakukan kepada kita.

Malah,teman juga merupakan pengkritik,
yang terbaik,
kerana temanlah orang yang paling masak,
dengan segala perangai kita..


ITULAH YANG DIMANAKAN SEBAGAI

TEMAN SEJATI

CINTA SEJATI

CINTA itu merupakan suatu cahaya sanubari,
yang telah dikurniakan oleh ALAH S.W.T ,
kepada setiap INSANI....

Apabila CINTA itu tercipta,,
disitulah RINDU bermula.

CINTA merupakan sesuatu yang TIDAK pernah dipinta,
tetapi ianya HADIR tanpa disedari,
dengan kehadiran perasaan CINTA,
kehidupan kita akn lebih BAHAGIA,
malah kita akan sanggup BERKORBAN segalanya.

Semua kerana CINTA,
yang pahit, manis di RASA,
MENGHIBUR nestapa, merawat luka,
damai dijiwa,
terpadam API benci permusuhan,
TERJALIN lah kasih sayang,
begitulah cinta yang diidamkn,
TANPA nafsu yang mencemarkan

Tetapi janganlah kerana CINTA,
kita LEKA entah kemana,
dan jangan pula kerana BERCINTA,
kita sanggup MENGGADAIKAN semua maruah
dan agama.

Kita perlulah ingat bahawa,
cinta yang SEJATI,
hanya cintakan ILLAHI,
cinta AYAHBONDA,
tulus suci SELAMANYA,
cintakan SAUDARA,
masa berada hanya SEMENTARA,
cinta sesama INSAN,
suburkan dengan KETAQWAAN..

itulah CINTA

Wednesday, February 3, 2010

kehidupan seorang remaja

Seorang manusia telah menjangkau usianye ke alam remaja,
dari itu,,akan terubahlah segala cara kehidupannya,
tidak kira dari sudut apa jua sekalipun,
sama ada dari sudut cara kehidupan,komunikasinta,,
ataupun sebagainya..

Apabila tibanya alam remaja ini,
panduan ibu bapa perlulah dilakukan,
ini kerana kita perlulah memberi perhatian yang lebih kepada remaja ini,
kerana remaja merupakan golongan yang mudah di pengaruhi oleh anasir-anasir luar
yang sedang sedaya upaya menghancurkan generasi muda kita pada masa ini

Kita perlulah sedar bahawa kita sepatutnye mengambil tindakan awal
untuk melindungi anak remaja kita.
kebanyakan anak mude kita tidak mengetahui,
bahawa besar kemungkinan, mereka akan ditipu oleh orang asing yang mereka tidak kenali.
mereka lebih mudah percaya kepada orang asing dalam hidup mereka berbanding orang yang lebih rapat dengan mereka..

jagalah remaja kita

Tuesday, February 2, 2010

ASSALAMUALAIKUM